Posts Tagged ‘SINAR HARIAN’

Bagaimana melawan Islamofobia

Fobia Islam berleluasa selepas serangan selaras terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2011. – Foto Sumber internet
ISLAMOFOBIA adalah ketakutan, prasangka dan kebencian terhadap Islam dan Muslimin, lebih-lebih lagi di Barat. Ia berlandaskan anggapan secara berterusan semua Muslimin sebagai pelampau, gila dan/atau pengganas serta ia mungkin ancaman terbesar menghadapi dunia Islam masa kini.

Pada tahap sejagat, mungkin ada kejadian-kejadian tempatan berlandaskan ketakutan atau prasangka terhadap agama-agama lain tetapi tiada bandingannya terhadap darjah Islamofobia. Kenapa?

Islamofobia berleluasa selepas serangan selaras terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2011 oleh kumpulan pengganas Al-Qaeda, yang asalnya dari Afghanistan, selepas ia diduduki tentera Soviet pada masa itu (1978-1989). CIA bertanggungjawab mencipta Al-Qaeda pada masa itu untuk melayani kepentingan Amerika Syarikat menentang Soviet.

’11 September’ boleh dianggap sebagai penukaran permainan di dalam sejarah dunia apabila negara paling berkuasa di dunia dilemahkan 19 lelaki yang mengakui diri mereka sebagai ‘jihadi Muslim’, menggunakan pesawat-pesawat penumpang yang dirampas.

Hampir 3,000 orang terbunuh dan 6,000 cedera. Pusat Dagangan Dunia yang unggul itu dimusnahkan dan Pentagon (ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat) mengalami kerosakan.

Oleh kerana 19 pengganas itu mengakui secara terbuka sebagai ‘jihad Muslim’, tindak balas awam terhadap kaum Muslimin secara am di Amerika Syarikat dan Eropah adalah teruk.

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertindak balas secara cenderung bersengketa, tidak semestinya betul kesemuanya terhadap negara-negara Islam pilihan seperti Yaman, Afghanistan dan Pakistan.

Segala apa yang terjadi dan bagaimana Al-Qaeda dilumpuhkan secara angkatan bersenjata dan pembunuhan ketua mereka, Osama bin Laden, pada 2 Mei 2011 (10 tahun kemudian) di Pakistan, kini menjadi sejarah.

Segala tindakan melalui serangan angkatan bersenjata, pesawat pengebom tanpa pemandu atau pun lain-lain cara sehingga hari ini, oleh kuasa Barat terhadap kumpulan dan negara Islam pilihan, telah diberi rangsangan utama oleh Presiden AS, Donald Trump, dianggap sebagai presiden Amerika paling anti-Islam.

Kebangkitan Islamofobia telah memberi kepercayaan kepada pemenuhan diri nu buatan teori ahli sains politik Amerika Samuel Huntington dalam penulisan beliau PertembunganTamadun (Clash of Civilisation).  Ia mengibaratkan keseluruhan dunia Islam berperang dengan dunia Kristian ataupun Islam lawan Kristian.

Ini mungkin menepati kehendak pelampau dari kedua-dua pihak (Muslim dan Kristian) tetapi haruskah orang-orang dari segala agama yang cintakan keamanan dan keadilan membenarkan hal ini?

Kedua-dua agama satu tuhan sejagat ini mempunyai lebih persamaan di dalam kandungan dan asal-usul mereka daripada tanggapan perbezaan yang kecil, di mana pelampau-pelampau memainkan dan memporak-perandakan berlebih-lebihan untuk menyebabkan persengketaan.

Kumpulan pelampau seperti Al-Qaeda, IS dan Abu Sayyaf (di selatan Filipina) mungkin nampak seperti kalah secara angkatan bersenjata tetapi pengaruh mereka ke atas Taliban dan lain-lain kumpulan keganasan seluruh dunia tidak luntur dan tidak harus dipandang ringan.

Saya telah menulis dan memaklumkan kepada pembaca kolum ini sejak 2014, sebelum pun IS menjadi raksasa kejam sejagat (bukan sahaja di Syria dan Iraq), di atas perlunya, bukan sahaja mengalahkan gerakan keganasan berbahaya secara ketenteraan, tetapi mendidik pemuda Muslim yang diasingkan dan kecewa, yang tertarik dengan kepercayaan IS dan menjelaskan kepada mereka, kenapa ia tidak betul menyalahkan, melepaskan kemarahan dan memudaratkan orang-orang yang tidak bersalah, ke atas penderitaan kaum Muslimin, lebih-lebih lagi rakyat Palestin.

Sengketa Palestin nampaknya menjadi perjuangan terkenal yang digunakan pelampau Muslim dan pengganas untuk mengambil anggota baharu.

Hampir 30 tahun di Britain, semenjak saya belajar lagi, saya sudah menulis, berkempen dan tunjuk perasaan di kampus dan jalan raya membantah penindasan dan pencerobohan rejim Zionis.

Walaupun saya bukan Islam, saya telah menyokong dan berjuang untuk Palestin sebagai satu prinsip kebenaran dan keadilan, jadi ya, saya mempunyai pendirian mempertahankan orang Islam yang ditindas dan menulis mengenai hal-ehwal Islamofobia.

Seperti kebanyakan kempen-kempen mencomot, penyokong-penyokong Islamofobia mencipta dan merangsang tanggapan buruk ke atas kumpulan sasaran dibenci atau mereka ada agenda tersembunyi.

Seperti juga kempen mencomot yang lain, ada asas-asas yang digunakan oleh seteru lawan Islam untuk mewajarkan gambaran secara berterusan mengelap kaum Muslimin sebagai pelampau dan/atau pengganas.

Kumpulan pelampau dan pengganas-pengganas ini banyak bertanggungjawab menyebabkan Islamofobia.

Tetapi mereka jatuh terus ke dalam ‘jerat’ musuh-musuh Islam yang mencanangkan perasaan anti-Islam. Oleh kerana kebanyakan serangan keganasan disebabkan oleh orang yang kononnya ‘jihadi Muslim, amatlah senang bagi ketuanan putih haluan kanan menggunakan kejadian-kejadian ini untuk menggalakkan tanggapan gelap bagi kaum Muslimin dan Islam sejagat.

Kiasannya, pelampau-pelampau ketuanan Muslim di negara-negara suara ramainya orang Islam, termasuk di Malaysia, menggunakan hujah-hujah atau alasan-alasan yang sama terhadap bukan Islam yang tiada suara ramai seperti yang digunakan oleh pelampau ketuanan putih terhadap kaum Muslimin di barat, seperti orang Asia bukan Islam dan orang kulit hitam, juga menderita akibat sifat perkauman.

Boleh diandaikan bahawa pelampau Islam ini bekerjasama dengan puak pro-Zionis pelampau putih yang menindas penduduk Islam di Barat dan Palestin di Israel serta wilayah yang diduduki. Musuh Islam sebenarnya, lain dari Zionis dan ketuanan putih haluan kanan, adalah mereka yang mengakui diri sebagai ‘jihadi Muslim’ yang sanggup mengganas memudaratkan orang awam sekali gus menjejaskan gambaran Islam.

Setiap kali adanya keganasan oleh pelampau Muslim ini, kita mendengari kutukan keras oleh para pemimpin bukan Islam tetapi sebaliknya, tindak balas oleh masyarakat Muslimin yang sederhana dan berfikiran berakhlak secara umum terlalu bisu dan juga sunyi.

Di sini letaknya cabaran terbesar yang diperlukan untuk melawan Islamofobia. Tidak mencukupi untuk bersandar ke atas orang bukan Islam untuk mengutuk secara terbuka keganasan oleh mereka yang mengakui sebagai ‘jihadi Muslim’ seperti IS.

Sebenarnya, kedudukan seperti ini hanya menguatkan tanggapan gelap terhadap Islam.

Pemimpin Muslim bersederhana, sama ada di negara suara ramai penduduk Islam atau tidak, mesti bersuara dengan nada yang lebih tinggi dan jelas dan serentak terhadap keganasan di mana jua di dunia.

Mereka mesti memainkan peranan yang pro-aktif dan pencegahan dalam mendidik pemuda-pemuda Muslim mengenai kezaliman melampau dan keganasan.

Mereka mesti selalu mengingatkan Muslimin bahawa ia adalah salah, tidak adil dan anti-Islam (menyatakan tidak Islam tidak cukup kuat) untuk memudaratkan, membunuh dan membunuh beramai-ramai orang yang tidak bersalah yang tidak memainkan peranan menindas orang Palestin atau lain-lain orang Islam.

Islam adalah agama keamanan, keadilan, belas kasihan dan tiada pelampau Islam boleh merampas atau memfitnah nama baik Islam.

Penulis adalah rakan dan penyokong manusia yang ditindas, lebih-lebih lagi Islam di Israel, wilayah-wilayah yang diduduki dan negara yang mana suara-suara mereka tidak didengari.

Advertisements

HARUSKAH BERKORBAN UNTUK TRUMP?

Posted: February 10, 2017 in Uncategorized
Tags:

PADA awal 1930-an, Jerman berada dalam kekalutan ekonomi yang teruk dan sedang merudum. Pada 1933, Adolph Hitler ‘membasuh otak’ dan mempengaruhi rakyat Jerman kelas pekerja yang kecewa, mengundi beliau menjadi canselor.

Hitler menggunakan kefahaman kebangsaan pro-fasis dan haluan kanan. Beliau mengatakan Yahudi sebagai ‘bermasalah’ dan punca utama pengangguran serta penyakit sosial. Beliau menggesa rakyat bangkit untuk menjadikan Jerman kembali hebat, jadi kuasa besar Eropah, muncul bersama sekutunya Jepun dan Itali supaya dapat menakluki dunia dan menjadikan mereka sebagai jajahan-jajahan perintah dunia baharu.

Hari ini, Amerika Syarikat kehilangan pengaruh global mereka dan sedang dilanda takungan ekonomi, di mana ramai kelas pekerja merasai mereka telah diabaikan dan kecewa dengan pihak berkuasa Washington.

Pada 2016, seorang wira di Amerika Syarikat muncul berjuang untuk kelas pekerja dan bersuara terhadap pengangguran, kemiskinan dan penurunan ekonomi.

Beliau membayangkan bahawa kaum Muslim yang sayang keamanan adalah pelaku dan penyebab keganasan. Beliau melihat kaum Muslim sebagai bermasalah, seperti mana Hitler melihat kaum Yahudi.

Seperti Hitler, Donald Trump dipilih secara demokratik untuk menjadi presiden dan ketua komander negara paling berkuasa di dunia. Beliau mempromosi Islamofobia dengan cara mengekalkan stereotaip dan mitos orang Islam berdasarkan ideologi haluan kanan yang dipakai Hitler.

Ada dua jenis semangat kebangsaan. Pertama adalah semangat progresif (atau pertahanan), iaitu berjuang untuk kebebasan, penentuan nasib sendiri dan kemerdekaan daripada penguasaan dan kawalan luar. Ia boleh menjadi ganas apabila kuasa penjajah atau luar menggunakan keganasan dan penindasan untuk menyunyi penduduk. Bagi negara-negara seperti India dan Malaysia, ia aman secara am.

Jenis lagi satu – semangat kebangsaan haluan kanan – adalah negatif, menindas dan selalunya pro-fasis, dan ia menyapu sebahagian besar dunia Barat. Ia berlandaskan kesombongan, kejahilan, ketaasuban dan perkauman, lebih-lebih lagi Islamofobia. Pelampau-pelampau kebangsaan ini menganut hak untuk menindas minoriti dan menyalahkan mereka yang menyebabkan masalah sosial.

Dalam beberapa hari sahaja mengambil alih sebagai presiden pada 20 Januari, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk melarang orang dari Iran, Iraq, Syria, Libya, Yemen, Somalia dan Sudan daripada memasuki Amerika Syarikat. Beliau menggantungkan program pelarian Syria. Dunia bertamadun, marah.

Ramai Muslim dilanda trauma daripada larangan ini. Alasan Trump ialah untuk menyekat pengganas Muslim daripada memasuki Amerika Syarikat tetapi beliau tidak pula menunjukkan fakta-fakta untuk menyokong dakwaannya itu. Tidak pula beliau menjelaskan mengapa larangan itu adalah memilih dan tidak termasuk Arab Saudi dan Pakistan.

Rakyat Palestin masih lagi berjuang untuk tanah air mereka dan sanggup berkompromi dengan penyelesaian dua negeri tajaan Bangsa-Bangsa Bersatu (menerima kewujudan Israel) demi keamanan. Tetapi Trump, nampak gaya menentang penyelesaian dua negara itu tanpa menawarkan cadangan membina, lebih-lebih lagi, beliau menyokong penempatan haram Israel di Tebing Barat dan idea beliau memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem mencetuskan kemarahan antarabangsa dan melemahkan proses keamanan.

Dasar Amerika Pertama beliau nampaknya menolak Amerika Syarikat untuk berbalah dengan seluruh dunia, termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu. Amerika Syarikat akan menarik diri dari perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik demi memihak pakatan perdagangan dua hala dan rantau, di mana Trump merasakan Amerika Syarikat mempunyai kuasa tawar-menawar yang lebih kuat.

Amerika Syarikat telah banyak memanfaatkan globalisasi, termasuk kemasukan pakar-pakar dari negara-negara lain yang membuat Amerika makmur. Bagi ekonomi yang terbesar di dunia menerima pakai dasar sempit ini adalah bodoh, sombong, mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Ia akan kembali menghantui Amerika. Kemunculan perarakan raksasa menyokong wanita di Washington dan di seluruh dunia semasa perasmian Trump sebagai Presiden menunjukkan sentimen kuat terhadap kenyataan dan aksi Trump.

Tembok persempadanan beliau dengan Mexico adalah bertujuan bermain ke arah galeri xenofobia di dalam satu negara yang berlandaskan sejarah penghijrahan manusia dari Eropah dan lain-lain tempat.

Trump nampaknya menghalakan dunia untuk lebih rapat lagi ke pembunuhan beramai-ramai nuklear dengan dasar luar mencari gaduh dan untuk mengembangkan lagi keupayaan nuklear.

Mantan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev telah memberi amaran bahawa dunia makin lama makin rapat kepada perang nuklear. Gorbachev bertanggungjawab mengakhiri era Perang Dingin.

‘Jam kiamat’ yang diselenggarakan oleh Bulletin of the Atomic Scientists’ Science and Security Board baru sahaja dicepatkan dalam masa dua setengah minit kepada tengah malam (kiamat). Ia adalah isyarat simbolik yang dunia bertambah lebih dekat kepada malapetaka nuklear.

Trump juga bermain permainan ‘nyerempet bahaya’ dengan cara menyedapkan dirinya kepada Rusia, mungkin dengan matlamat untuk ‘mengkotakkan’ China. Trump juga mungkin mencuba merawat Rusia secara mana Hitler membuat pakatan bersama Jepun sebelum Perang Dunia Kedua. Trump juga melihat China sebagai ancaman utama kepada Amerika sekarang seperti mana Hitler melihat Britain ketika itu sebagai penghalang terbesar kepada rancangan peluasan hebat beliau. Trump nampaknya berniat mencetuskan kemarahan China.

Trump tidak kisah terhadap alam persekitaran. Beliau mencemuh sains pemanasan global dan membuat percubaan menarik keluar AS dari perjanjian Bangsa-Bangsa Bersatu atas penukaran iklim. Beliau baru sahaja menandatangani perintah eksekutif memulihkan dua projek saluran paip minyak besar di AS, di mana pengkritik berhujah akan memburukkan alam sekitar.

Kesombongan, kedangkalan diri dan kecuaian Trump mungkin akan menyebabkan kejatuhan beliau. Beliau mungkin akan dicabar untuk melucutkan jawatannya di Kongres Amerika, mungkin atas ‘percanggahan kepentingannya’, di mana empayar perniagaan luas beliau mendapat kelebihan dari kedudukan eksekutifnya atau jika ada kes ‘pengkhianatan’ ke atas acara masa depan mengaitkan pemimpin luar.

Trump sudah pun bermusuh dengan masyarakat risikan yang berkuasa dan media berita besar AS. Kedua-duanya beliau serang dan memperkecilkan. Rakyat Amerika tidak menolak presiden mereka membuat keamanan berterusan atau bekerjasama dengan Rusia untuk melawan keganasan tetapi mereka tetap menolak mana-mana perjanjian rahsia yang akan mengkompromikan kepentingan jangka panjang AS dan rakan pakatan mereka dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Walaupun Trump telah bercakap besar yang beliau akan menang pada pilihan raya 2020, beliau mungkin tidak akan terus hidup terma pertama sehingga 2021.

Mari kita berdoa selagi beliau bertugas sebagai ketua komander Amerika, Trump tidak akan membuat apa jua yang boleh membinasakan kemanusiaan dan jika ia berlaku, beliau mesti tahu yang kemusnahan itu akan melibatkan beliau, keluarganya, saudara-maranya, rakan-rakannya dan empayar perniagaannya. Tetapi, mengapa harus kita berkorban untuk Donald Trump?

Penulis adalah penganalisis dan strategis politik bebas yang percaya bahawa keadilan akan selalunya menular. Komen: kktan@the sundaily.com

*Terbitan The Sun, 2 Februari 2017